Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku dan matiku kerana ALLAH S.W.T... Tuhan sekalian alam
Wednesday, October 27, 2010
Saturday, October 16, 2010
beratnya hati untuk menulis,
takut jika tersalah bahasa,
hasrat di hati tetap ditepis,
agar tarbiyah tak lenyap dek masa.
andai ada salah dan silap,
ku mohon maaf kekhilafan diri.
alhamdulillah, dapat lagi diri ini untuk memanjangkan kalam di sini....
dengan proses pentarbiyahan jiwa yang sangat2 menenangkan dan terasa begitu dekat dengan ya rabbi....
bukan senang untuk kita melawan nafsu...
bukan mudah untuk kita berhijrah dari sifat mazmumah kepada sifat mahmudah...
bukan senang hendak melawan hasutan syaitan...
tapi, ALLAH itu maha adil, DIA memberikan kita kesusahan untuk membuktikan sejauh mana kita beriman kepadaNYA..
wahai sahabat2ku yang dirahmati,
semakin hari penularan gejala sosial yang tidak terkawal dalam kalangan remaja kita sedikit sebanyak merosakkan masyarakat serta negara itu sendiri...
lihatlah sekarang ini....di malaysia...gejala pembuangan bayi...hampir setiap hari dimasukkan ke dalam akhbar...apakah kita sendiri tidak SEDAR atau buat-buat TAK SEDAR?...
menyentuh isu pergaulan antara lelaki dan perempuan...
sekarang ini bermacam-macam medium yang digunakan untuk pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
contohnya:
1)sms
2)facebook
3)e-mail
4)skype
5)blog(ruangan chat)
6)ym
7)lain-lain lagi
ana melihat perkara ini sebagai satu perkara yang amat serius....
medium-medium ini merupakan satu jalan bagi lelaki dan perempuan untuk bertemu,berdua-duaan seterusnya melakukan maksiat..nauzubillahi min zalik...
sahabat2 yang dikasihi,
jika anda pernah terlanjur, masih ada ruang masa untuk memperbetulkan kekhilafan diri...
jika terasa susah untuk menghentikan, cubalah perlahan-lahan...insyaALLAH...doa ana untuk kalian moga kalian semua dapat bermujahadah dengan diri sendiri...
wahai sahabat2ku,
teguhkanlah prinsip diri, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor, tak guna kita menggolongkan diri kita ke lembah kemaksiatan...
cinta yang datang dari lubuk hati itu adalah fitrah, kita tak boleh menyekatnya, perasaan cinta itu datang dengan sendirinya. Tapi,apabila disusuli tindak-tanduk yang ALLAH redhai, ia bertukar menjadi fitnah. Apakah jalannya?.....ALLAH S.W.T mensyariatkan perkahwinan...
Namun, untuk membina sebuah perkahwinan, segala aspek perlu ditimbangkan. Bukan mudah untuk masuk ke alam perkahwinan, takut nanti ikatan yang dibina terlerai di tengah jalan. Jika rasa tidak mampu ke arah itu, jangan cuba untuk bercinta...
Perasaan itu boleh dikekang dengan menguatkan cinta kepada ALLAH S.W.T, berpuasa sunat, bangun malam bertahajud, melakukan perkara-perkara sunat yang lain, mengawalkan waktu solat.
TIPS MENEPIS CINTA REMAJA
1)ketegasan dalam prinsip diri
2)misi yang jelas(belajar dahulu)
3)bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh
4)kekang hawa nafsu
5)dekati majlis ilmu
6)sibukkan diri dengan aktiviti2 yang berfaedah
7)taqarrub ila ALLAH(mendekatkan diri kepada ALLAH) dalam ibadah dan kehidupan
sahabat2ku,
jika yang dah terlanjur bercinta, cepat2lah melangsungkan perkahwinan...takut2 nanti semakin terlanjur.
"Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta?Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan"
Kriteria calon pasangan:
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi S.A.W bersabda:
Maksudnya:"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai(mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu."
@Sesiapa saja yang menikahi wanita kerana kemuliaan status sosialnya, maka ALLAH tidak akan menambahkan kepadanya selain kehinaan.
@Sesiapa saja yang menikahi wanita kerana hartanya, maka ALLAH tidak akan menambahkan kepadanya selain kefakiran
@Sesiapa saja yang menikahi wanita kerana kedudukannya, maka ALLAH tidak akan menambahkan kepadanya selain kerendahan.
@Sesiapa saja yang menikahi wanita bukan kerana hal lain, kecuali agar pandangan matanya dapat dikekang, dan kemaluannya terpelihara, atau untuk tujuan menyambung silaturrahim, maka ALLAH akan memberkati pernikahannya dengan wanita itu dan wanita itu beroleh berkat pula kerana dipersunting olehnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berkanlah akau kekuatanagar pasrah dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.
(Aminah Qutb)
Moga-moga dengan sedikit perkongsian ini, kita sama-sama dapat tarbiyah diri kita...
katakan tidak pada couple....
moga-moga ALLAH S.W.T merahmati kita sentiasa...
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, Ya Karim, Ya Latif, Ya A'lim,
Aku memohon kepadaMu Ya Allah
kekuatan dariMu Ya Allah
Lindungkanlah aku daripada bisikan syaitan
Jauhkanlah aku daripada maksiat dan zina
Yang akan melemahkan diriku ini
Sesungguhnya hambaMu ini tersangan lemah dan kerdil
Amin amin ya rabbal alamin
wallahua'lam....
Noor Amalina Abd Rahman
16/10/2010
Saturday, April 3, 2010
Aku tinggalkan cinta kerana Dia
Wahai teman-teman sekalian,
Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.
Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.
Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.
Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serious sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.
"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."
"Not a single phrase, nor a word."
"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.
Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."
Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syatian yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.
Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.
"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya."
Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?
Mafraq, Jordan
NB:cerita ini untuk peringatan bersama.....to all my friends....ukhuwwah fillah abadan abada...
Wednesday, January 6, 2010
Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH.